Berita gembira buat semua warga sekolah, ibu bapa, dan komuniti setempat!
Sekolah Kebangsaan Sungai Binjai kini mempunyai laman web rasmi yang menampilkan pelbagai maklumat terkini berkaitan aktiviti sekolah, pencapaian murid, program PSS, serta pelbagai sumber pembelajaran digital.
💻 Layari sekarang di:
👉 https://sites.google.com/moe-dl.edu.my/websiterasmisksungaibinjai/utama
atau taip di carian google : web "rasmi" SK Sungai Binjai
Laman web ini dibangunkan sebagai platform interaktif bagi memperkukuh hubungan antara sekolah, ibu bapa dan masyarakat. Jom sama-sama kita meneroka dunia digital SK Sungai Binjai dan terus menyokong usaha sekolah ke arah pendidikan abad ke-21 yang cemerlang!
SEBINJAI HEBAT!