PENGISIAN NILAM

DAFTAR BAHAN BACAAN NILAM
1 MINGGU 1 PERIBAHASA

AIR DIGENGGAM TIADA TIRIS BERMAKSUD AMAT BERHATI-HATI MEMBELANJAKAN WANG.

Saturday, January 24, 2026

 AKTIVITI 2026

NAMA PROGRAM: MAJLIS PELANCARAN NILAM DAN DELIMA SERTA PERTANDINGAN NILAM MENGIKUT ALIRAN

TARIKH: 14 JANUARI 2026

HARI: RABU

OBJEKTIF:

  1. Meningkatkan minat dan budaya membaca dalam kalangan murid melalui pelaksanaan Program NILAM secara berterusan dan menyeronokkan.
  2. Mendedahkan murid kepada kepelbagaian aktiviti literasi kreatif seperti mewarna poster, membuat kolaj, diorama kotak kasut, kulit buku kegemaran dan penanda buku.
  3. Menggalakkan penglibatan aktif murid mengikut tahap dan aliran melalui pertandingan yang disesuaikan dengan umur dan keupayaan masing-masing.
  4. Memupuk kreativiti, imaginasi dan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam kalangan murid melalui aktiviti berasaskan bahan bacaan dan penghasilan produk kreatif.
  5. Memperkenalkan serta memperkukuh penggunaan DELIMA sebagai platform pembelajaran digital selari dengan amalan pembelajaran abad ke-21.
  6. Meningkatkan kesedaran tentang kepentingan merekod bacaan NILAM secara sistematik dan berdisiplin.
  7. Memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada murid melalui penyediaan hadiah sebagai galakan terhadap penyertaan dan pencapaian.
  8. Mewujudkan suasana pembelajaran yang ceria dan bermakna melalui pengisian majlis seperti gimik pelancaran, persembahan multimedia dan nyanyian lagu NILAM.

BUKU PROGRAM

LINK BUKU CERITA DIGITALKISAH PENGEMBARAAN AIMAN

GAMBAR : PENERIMA HADIAH PERTANDINGAN

GAMBAR: SEKITAR MAJLIS DAN PERTANDINGAN

GAMBAR POSTER EDARAN:








NAMA PROGRAM: ORIENTASI PSS BERSAMA-SAMA MURID TAHUN 1

TARIKH: 22 JANUARI 2026

HARI: KHAMIS

MASA: 1.30 - 2.50 PETANG

    OBJEKTIF:

    1. Memperkenalkan Pusat Sumber Sekolah (PSS) kepada murid Tahun 1 sebagai tempat pembelajaran yang menyeronokkan dan selamat.
    2. Membantu murid mengenali ruang dan kemudahan PSS seperti sudut bacaan, rak buku, kaunter pinjaman dan sudut multimedia.
    3. Mendedahkan murid kepada peraturan dan etika penggunaan PSS agar mereka berdisiplin dan bertanggungjawab.
    4. Memupuk minat membaca sejak awal persekolahan melalui pendedahan kepada bahan bacaan yang sesuai dengan tahap mereka.
    5. Membiasakan murid dengan amalan peminjaman dan pemulangan buku secara teratur dan berhemah.
    6. Mewujudkan rasa seronok dan yakin murid untuk menggunakan PSS sebagai pusat ilmu dan aktiviti pembelajaran.
    7. Menyokong pelaksanaan Program NILAM dalam kalangan murid Tahun 1 secara berperingkat.

    GAMBAR:


















    LINK KUIZ : KUIZ ORIENTASI TAHUN 1

    No comments:

    Post a Comment